backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

PERHATIAN! Ini Sebab Mengapa Perlu Ambil Suntikan KANCING GIGI Selepas Kemalangan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    PERHATIAN! Ini Sebab Mengapa Perlu Ambil Suntikan KANCING GIGI Selepas Kemalangan

    knDi negara kita, vaksinasi suntikan kancing gigi (tetanus) merupakan program imunisasi wajib yang perlu diambil semasa usia muda.

    Pun begitu, ada situasi yang akan menyebabkan individu terpaksa mengambilnya sekali lagi dan ini termasuklah jika terlibat dalam sesuatu kemalangan.

    Kenapa? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Pentingnya suntikan kancing gigi

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua mengetahui definisi sebenar mengenai kancing gigi ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, tetanus adalah sejenis jangkitan bakteria yang boleh menjejaskan sistem saraf lantas menyebabkan otot menegang atau mengetat.

    Punca sebenar mengapa jangkitan ini dikenali sebagai kancing gigi adalah kerana ia kebiasaannya akan menyebabkan kontraksi pada rahang dan leher.

    Ia adalah sejenis jangkitan yang sangat berbahaya serta mungkin boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Disebabkan itu, pengambilan vaksin adalah sangat penting untuk mencegah jangkitan dan ia perlu diambil pada usia muda lagi.

    Namun ada beberapa situasi yang akan menyebabkan suntikan kancing gigi perlu diambil semula seperti terlibat dalam kemalangan! Kenapa?

    Suntikan kancing gigi

    Apa punca sebenar tetanus?

    Jangkitan kancing gigi adalah didalangi oleh bakteria bernama Clostridium tetani yang biasa ditemui di dalam debu, habuk, kotoran serta najis haiwan.

    Spora daripada bakteria ini boleh tersebar ke pelbagai permukaan serta boleh bertahan dengan sangat lama kerana sifatnya yang kebal terhadap suhu.

    Bakteria ini boleh menjangkiti individu melalui salur darah yang terbuka akibat luka dan seterusnya merebak ke sistem saraf utama.

    Kemudian, ia akan menghasilkan tetanospasmin – sejenis toksin yang akan menghalang isyarat saraf tunjang kepada saraf otot.

    Inilah punca di mana seluruh otot pada tubuh badan akan mengalami kontraksi sehingga menyebabkan kekejangan atau kekejungan teruk.

    Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk mengambil suntikan kancing gigi jika tubuh badan mengalami luka!

    Apa gejala jangkitan tetanus?

    Apa yang mungkin kita semua faham mengenai jangkitan bakteria ini adalah ia akan mengakibatkan kontraksi otot terutamanya pada rahang dan leher.

    Kebiasaannya, gejala jangkitan kancing gigi akan mula timbul selepas 3 hingga 21 hari dari hari anda dijangkiti dengan bakteria ini.

    Berikut adalah antara gejala biasa dialami penderita:

    ‘Lockjaw’ – kontraksi otot yang sangat menyakitkan dan lazimnya bermula pada otot bahagian rahang dan leher.

    Gejala-gejala ini akan mengambil masa beberapa minggu hingga bulan untuk pulih selepas menerima rawatan berbentuk suntikan vaksin.

    Suntikan kancing gigi

    Namun, pengambilan suntikan kancing gigi ini haruslah cepat terutamanya jika berlaku kemalangan kerana risiko komplikasi masih wujud.

    Walaupun pesakit berada dalam tempoh rawatan, kadar kematian akibat jangkitan tetanus adalah antara 10% hingga lebih daripada 80%.

    Ini terutamanya dalam kalangan mereka yang tidak pernah menerima suntikan tetanus atau warga emas berusia 60 tahun ke atas dan bayi yang baru lahir.

    Kenapa suntikan kancing gigi ini perlu selepas terlibat kemalangan?

    Ya, vaksin tetanus adalah sangat penting untuk mengelakkan serangan kancing gigi dan sudah diambil sejak usia muda lagi.

    Pun begitu, itu tidak bermakna kalian sudah selamat dan tidak perlu mengambilnya lagi terutamanya jika berlaku kemalangan.

    Ini kerana apa-apa juga jenis kemalangan yang berlaku pada diri anda kebiasaannya pasti akan melibatkan luka pada tubuh badan.

    Antara kemalangan yang dimaksudkan itu adalah seperti:

    Suntikan kancing gigi

    Meskipun anda sangka bahawa ia tidaklah seteruk mana kerana hanya mengalami luka ringan sahaja, anda mungkin perlu ubah persepsi ini.

    Ketahuilah bahawa luka yang terbuka tidak kira sama ada ia besar atau kecil, masih berisiko menyebarkan bakteria tetanus ke dalam tubuh badan.

    Ini terutamanya jika kemalangan yang berlaku pada anda itu terjadi pada tempat penuh debu, habuk atau kotoran kerana ia adalah tempat yang sesuai untuk bakteria tersebut merebak.

    Jadi, jangan ambil mudah mengenai pengambilan vaksin tetanus ini ya? Bertindaklah segera sebelum terlambat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 19/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan