Merokok bukan sahaja akan mengurangkan aliran darah ke bibir disebabkan pendedahan kepada tar dan nikotin yang akan menjadikan bibir kering dan berkedut, tetapi dalam masa yang sama mengubah warna bibir menjadi gelap. Hiperpigmentasi yang berlaku boleh menjadi kebimbangan estetik yang serius apabila warna gelap yang terjadi itu kelihatan tidak sama pada bibir dan gusi. Ia mungkin tampak seperti warna ungu, coklat gelap atau hitam.
Tompok berwarna coklat, yang kelihatan dalam mulut dipanggil ‘smoker’s melanosis’ dan akan terjadi pada 5 hingga 21.5% perokok. Hiperpigmentasi ini berlaku disebabkan rangsangan pengeluaran melanin, iaitu sebagai tindak balas terhadap pendedahan bahan kimia dalam tembakau serta ikatan melanin yang terdapat dalam sebatian asap tembakau. Hiperpigmentasi pada bibir dan gusi biasanya boleh dilihat pada perokok kronik. Oleh sebab ini, merokok dan bibir gelap adalah salah satu kesan estetik akibat merokok yang paling mudah dilihat, yang mana bagi sesetengah perokok merasakan ia sedikit mengganggu.
Apa yang boleh anda lakukan mengenai merokok dan bibir gelap?
Bibir seorang perokok boleh menjadi gelap dalam masa beberapa bulan atau tahun seseorang individu itu merokok. Jika anda menginginkan cara pantas untuk memperbaiki masalah bibir gelap ini, penggunaan lipstik berwarna merah pasti boleh membantu. Ia merupakan cara yang popular dan mudah untuk membantu menutup masalah bibir gelap kerana merokok.
Walau bagaimanapun, jika anda mencari ubatan untuk jangka masa panjang, terdapat dua perkara yang perlu anda titik beratkan; tabiat merokok dan cara penjagaan bibir anda. Selagi anda dapat merokok dalam jumlah yang sama setiap hari, bibir anda tidak akan dapat pulih seperti sedia kala. Cara yang terbaik adalah dengan berhenti merokok. Doktor boleh membantu dengan memberi preskripsi Terapi Penggantian Nikotin (NRT) untuk melawan keinginan merokok dan membantu anda berhenti secara beransur-ansur.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen