backup og meta

Parents, Alert! Viral Vape Comel Baharu Seperti Permainan, Buat Anak Tertarik Cuba Hisap Vape!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    Parents, Alert! Viral Vape Comel Baharu Seperti Permainan, Buat Anak Tertarik Cuba Hisap Vape!

    Baru-baru ini, tular mengenai penjualan produk atau jenis vape terbaharu iaitu vape comel berbentuk seperti permainan dengan karakter harimau. Ia mula menjadi kerisauan ibu bapa kerana bentuknya yang agak comel boleh menarik minat remaja atau kanak-kanak untuk membeli vape tersebut di kedai vape. Ini berita terbaharu mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa itu vape?jenis vape

    Vaping atau vape merupakan satu tabiat menghisap wap perasa yang mungkin mengandungi nikotin dengan menggunakan sejenis alat kecil seperti pen vape, pod atau e-rokok.

    Ia hampir sama dengan merokok, namun vape hanya memanaskan cecair perasa kepada kabus berbanding rokok yang melibatkan pembakaran daun tembakau.

    Ada cecair vape yang hanya mengandungi perasa semata-mata, tetapi kebanyakannya mempunyai sedikit kandungan nikotin dan bahan-bahan lain. 

    ‘Tiger Pod’, jenis vape baharu tarik minat kanak-kanak, remaja

    Untuk menghisap vape, seseorang individu memerlukan dua perkara iaitu alat vape itu sendiri dan juga perisanya. Setiap kedai vape akan menjual pelbagai perisa dan juga jenis vape untuk menarik minat pembeli.

    Terbaharu, tular jenis vape yang agak latest di pasaran iaitu ‘Tiger Pod’ yang berbentuk seperti permainan, berbanding bentuk kebanyakan vape yang biasa kita lihat.

    Vape ini berbentuk seakan-akan permainan blok yang disusun membentuk seekor kartun harimau yang agak comel.

    Ia mula meresahkan anggota masyarakat khususnya ibu bapa kerana vape ini dilihat boleh menarik perhatian remaja dan kanak-kanak untuk memilikinya. Malah, ia juga sudah tular di media sosial seperti TikTok yang banyak dikongsikan oleh pengguna TikTok yang lain.

    Ada pengguna yang sanggup membeli vape harimau ini disebabkan ia comel walaupun mereka sendiri tidak menghisap vape.

    Ramai pengguna media sosial berpendapat bahawa jika hal ini berterusan, maka ia boleh mempengaruhi orang ramai untuk membelinya dan secara perlahan-lahan cuba menghisap vape.

    Penjualan vape seperti ini juga sudah lari daripada alasan yang sering diuar-uarkan oleh mereka yang terlibat dengan industri vape; untuk membantu golongan yang merokok berhenti merokok dan tidak dijual kepada kanak-kanak atau remaja.

    Penjualan vape harimau ini dilihat seolah-olah mempromosikan tabiat vape kepada kanak-kanak, remaja atau mereka yang tidak merokok

    Jenis vape: Kesan vaping yang ibu bapa kena tahu

    jenis vape

    Buat ibu bapa di luar sana, anda mungkin perlu sentiasa memerhatikan anak-anak anda tidak kira lelaki mahupun perempuan kerana isu penggunaan vape ini tidak mengenal jantina.

    Untuk pengetahuan anda, ini merupakan antara kesan buruk yang mungkin boleh berlaku kepada anak anda jika mereka menghisap vape:

    • Ketagihan disebabkan cecair perisa yang mengandungi nikotin
    • Menggalakkan tabiat merokok
    • Menyebabkan kecenderungan untuk mengalami keresahan dan kemurungan
    • Mempunyai masalah tidur
    • Pendedahan kepada bahan kimia penyebab kanser
    • Bronkitis kronik

    Cara hendak tahu anak hisap vape

    jenis vape

    Sebaiknya, tanya dengan jujur kepada anak anda adakah mereka menghisap atau mempunyai vape.

    Namun jika anak tidak mengakuinya, anda boleh melihat kepada tanda-tanda di bawah ini:

    • Kerap batuk atau berdehit
    • Menyimpan barang-barang yang berkaitan dengan vape seperti botol perisa atau barang-barang lain yang agak pelik
    • Anak mempunyai bau yang agak berlainan, seperti bau buah atau bau yang manis

    Kesimpulan

    Ibu bapa perlu tahu bahawa tabiat menghisap vape ini tidak memberikan kebaikan atau manfaat kepada anak anda.

    Apatah lagi jika ada ibu bapa yang bagi anak hisap vape, ia sangat tidak wajar.

    Ketahuilah bahawa vape memberikan banyak kesan buruk berbanding manfaatnya. Pastikan anak-anak kecil atau remaja di rumah anda tidak menyimpan alatan vape yang boleh memudaratkan kesihatan mereka. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan