Cacar monyet boleh menjangkiti orang lain bermula dari hari pertama simptom sehinggalah semua ruam telah sembuh dan kulit baharu tumbuh. Penyakit ini selalunya berlangsung selama 2 hingga 4 minggu.
Pada waktu ini, pesakit perlulah mengasingkan diri. Untuk mendiagnosis monkeypox, pesakit perlu menjalani ujian PCR menggunakan sampel ruam kulit.
Simptom monkeypox: Masih belum ada penawar
Buat masa ini, belum ada penawar lagi untuk penyakit cacar monyet. Malah, rawatan yang spesifik juga masih belum wujud. Namun, ada beberapa antivirus yang boleh digunakan untuk melawan jangkitan orthopoxviruses.
Vaksin cacar merupakan kunci untuk merawat cacar monyet. Malah, vaksin ini juga sangat efektif untuk mengelakkan monkeypox, terutamanya untuk individu yang tidak pernah menerima vaksin cacar.
Walau bagaimanapun, vaksin ini sudah tidak wujud untuk kegunaan awam. Di Amerika Syarikat, program vaksinasi cacar telah pun berakhir pada tahun 1972.
Namun, buat masa ini, ada vaksin baharu yang dalam pembangunan. Tetapi, vaksin ini juga masih belum diluluskan.
Dalam kalangan manusia, monkeypox disebarkan melalui sentuhan pada ruam atau cecair badan, termasuklah cairan respiratori (bersin, batuk dan sebagainya).
Buat masa ini, masih tiada lagi individu yang meninggal dunia disebabkan cacar monyet. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pneumonia dan jangkitan pada kawasan otak atau mata yang boleh membawa maut.
Cacar monyet di Malaysia
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen