Usia. Semakin tua, semakin lemah tindak balas sistem imuniti kepada organisma berjangkit Wanita mengandung. Kehamilan boleh membawa perubahan kepada metabolisma dan aliran darah, yang menambahkan risiko keracunan makanan. Reaksi badan mungkin lebih teruk sewaktu kehamilan. Bayi dan kanak-kanak. Sistem imuniti mereka masih belum lengkap berkembang. Pesakit penyakit kronik, seperti diabetes, penyakit hati atau AIDS. Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit kesan keracunan makanan didiagnosis?
Diagnosis keracunan makanan bergantung kepada sejarah kesihatan, termasuklah berapa lama anda telah sakit, apa tanda keracunan makanan yang dihadapi dan apa yang telah anda makan.
Doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa tanda penyahhidratan.
Doktor juga mungkin akan melakukan ujian lain seperti ujian darah, kultur najis atau pemeriksaan mengesan parasit, untuk menentukan apa yang menyebabkan penyakit tersebut dan untuk mengesahkan diagnosis.
Sampel najis anda akan dihantar ke makmal untuk mengenal pasti organisma berjangkit tersebut. Dalam kes tertentu, punca keracunan makanan tidak dapat dikenalpasti.
Adakah terdapat ubat keracunan makanan di farmasi? Apakah rawatan yang boleh diambil?
Bagi kebanyakan pesakit, keracunan makanan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari tanpa memerlukan rawatan, tetapi beberapa jenis keracunan makanan mungkin berlangsung lebih lama.
Bagaimanapun, jika anda tidak sembuh, doktor akan memilih rawatan yang sesuai berdasarkan punca dan simptom anda.
Doktor boleh mencadangkan penggantian cecair badan.
Air dan eletrolik, termasuklah mineral seperti sodium, potassium dan kalsium yang mengawal keseimbangan cecair dalam badan yang hilang kerana cirit-birit yang berterusan perlu diganti dalam bentuk garam dan cecair melalui vena untuk menghalang atau merawat penyahhidratan.
Antibiotik juga digunakan jika anda mengalami keracunan makanan disebabkan bakteria dan simptom yang teruk.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen