Serangga berbahaya 3: Ulat skru (Screwworm)
Ulat skru merupakan serangga pemakan daging yang berbahaya dan boleh mencetuskan pelbagai masalah. Rupanya yang saling tak tumpah seperti ulat sampah membuatkan ramai yang keliru.
Ulat skru dewasa akan menjadi lalat dan mencari perumah yang mempunyai luka terbuka. Kemudian, lalat ini akan bertelur pada kawasan tersebut. Selepas beberapa jam, telur akan menetas dan mengeluarkan larva.
Larva ini mempunyai garisan pada badannya yang menyerupai skru. Ulat ini akan makan tisu di sekelilingnya dan jangkitan hanya boleh dibuang melalui pembedahan.
Jangkitan oleh serangga berbahaya ini sukar untuk dirawat. Oleh sebab itu, sebarang luka yang dijangkiti ulat skru perlu ditutup secepat mungkin.
Buat masa ini, hanya pembedahan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah jangkitan oleh ulat skru. Selepas serangga ini dibuang, doktor akan menggunakan antibiotik untuk mengelakkan sebarang jangkitan pada kawasan luka.
Kesimpulan
Serangga berbahaya merupakan mimpi ngeri bagi semua orang, terutamanya parasit yang boleh hidup di bawah lapisan kulit manusia.
Jika anda mengalami masalah kulit disebabkan gigitan serangga, anda haruslah berjumpa doktor secepat mungkin. Perhatikan tanda-tanda seperti:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen