Suntikan typhoid perlu diambil oleh semua pengendali atau pekerja premis-premis makanan di negara ini. Mengapa pekerja premis makanan perlu cucuk typhoid vaccine ini?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Suntikan typhoid perlu diambil oleh semua pengendali atau pekerja premis-premis makanan di negara ini. Mengapa pekerja premis makanan perlu cucuk typhoid vaccine ini?
Bukan itu sahaja, mengapa hendak pergi melancong juga perlu ambil suntikan vaksin ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.
Sebelum anda ambil maklum berkenaan kepentingan suntikan typhoid, adalah amat mustahak untuk anda mengetahui penyakit typhoid itu sendiri.
Demam typhoid atau tifoid merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada bakteria Salmonella typhi.
Bakteria ini akan menjangkiti saluran usus dalam perut, malah boleh memasuki aliran darah tubuh anda. Ia merupakan sejenis jangkitan bakteria yang agak serius.
Anda perlu tahu bahawa penyakit ini amat mudah untuk berjangkit melalui makanan dan minuman yang telah tercemar.
Antara simptom seseorang itu mengalami demam tifoid ialah:
Selain itu, seseorang yang dijangkiti juga boleh mengalami ruam, keletihan, hilang selera makan, menjadi keliru atau mengalami cirit-birit.
Jika ia dibiarkan sahaja dan tidak dirawat, ia boleh membawa maut.
Bagi kawasan atau negara-negara yang mempunyai sistem pengairan dan saliran yang baik, kes tifoid agak jarang berlaku.
Namun, bagi kawasan yang mempunyai sistem pengaliran atau sumber air yang tidak terurus, penyakit tifoid ini amat mudah untuk berjangkit.
Antara negara atau wilayah yang kerap melaporkan kes demam tifoid ialah seperti Afrika, sebahagian Eropah, Amerika Tengah, Amerika Selatan, Asia Selatan, Asia Tenggara dan juga Timur Tengah.
Oleh sebab itu, mereka yang ingin mengembara ke kawasan-kawasan ini amat disarankan untuk mengambil suntikan typhoid sebelum bergerak ke sana.
Selain itu, penyediaan makanan atau minuman yang tidak bersih juga menjadi antara punca bakteria ini berjangkit dengan mudah.
Sebagai contoh, lantai premis makanan yang basah, meja penyediaan yang kotor, dan premis dipenuhi sarang haiwan perosak menjadi antara punca utama penyakit ini merebak.
Untuk pengetahuan anda, bakteria tifoid ini hanya hidup dalam tubuh manusia.
Malah, sesetengah individu boleh membawa bakteria tifoid ini dalam pundi hempedu mereka selama setahun.
Golongan yang dijangkiti boleh mengeluarkan bakteria melalui najis atau air kencing mereka.
Individu seperti ini disebut sebagai pembawa kronik walaupun tidak pernah dijangkiti tifoid sebelum ini.
Anda boleh mendapat tifoid melalui makanan atau minuman yang telah dicemari bakteria daripada najis. Bagaimana ini boleh berlaku?
Hal ini tidak pelik kerana bakteria boleh hinggap ke minuman atau makanan anda apabila pengendali makanan tersebut tidak mencuci tangannya setelah keluar dari tandas.
Malah, anda juga boleh dijangkiti dengan hanya menghampiri individu yang telah sedia mempunyai jangkitan bakteria tifoid.
Salah satu kaedah untuk mencegah jangkitan penyakit ini adalah melalui suntikan typhoid atau cucuk typhoid vaccine. Terdapat dua kaedah pengambilan vaksin tifoid ini:
Selain daripada cucuk typhoid vaccine, anda juga mestilah mengamalkan tip atau langkah-langkah kebersihan lain sebagai perlindungan tambahan daripada dijangkiti tifoid.
Antara perkara yang mesti anda lakukan ialah:
Individu yang dijangkiti demam tifoid, atau individu yang membawa bakteria penyebab demam tifoid boleh menjangkiti bakteria tersebut kepada orang lain.
Apabila seseorang itu minum atau makan makanan yang telah dicemari atau dikendalikan oleh individu terbabit, bakteria tersebut boleh membiak dan memasuki aliran darah lalu menyebabkan demam tifoid.
Oleh sebab itu, pekerja atau pengendali makanan di premis makanan diwajibkan untuk cucuk typhoid vaccine.
Ini bertujuan untuk mencegah penyebaran bakteria tifoid melalui makanan atau minuman secara besar-besaran.
Anda juga perlu tahu bahawa demam tifoid ini boleh mengancam nyawa jika ia tidak dirawat.
Mereka yang tidak dirawat setelah dijangkiti, akan terus mengalami demam selama berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.
Berdasarkan statistik, hampir 30% daripada mereka yang tidak mendapatkan rawatan ini meninggal dunia disebabkan komplikasi demam tifoid.
Oleh itu, suntikan vaksin tifoid amat diperlukan sebagai langkah awal mencegah demam tifoid dan mengurangkan kadar kematian.
Apabila anda melancong ke negara-negara yang berisiko tinggi, suntikan tifoid boleh membantu mengurangkan kadar jangkitan yang mungkin mudah tersebar melalui makanan atau minuman.
Walaupun anda telah menerima vaksin tifoid, tidak bermakna anda dilindungi daripada jangkitan tifoid 100%.
Vaksin tifoid hanya berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh anda dalam melawan jangkitan tifoid.
Ia berperanan mengurangkan kadar jangkitan dan mengurangkan komplikasi akibat jangkitan bakteria tifoid.
Oleh sebab itu, jika ada kes jangkitan tifoid di sekitar anda, elakkan diri daripada mendekati individu yang dijangkiti.
Selain itu, amalkan tip seperti yang telah dikongsikan sebelum ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen