Tambah lagi, sebuah kajian yang dijalankan di Chile juga mendapati varian lambda lebih mudah merebak berbanding varian alpha dan gamma.
Kajian yang mengkaji kesan vaksin Sinovac terhadap varian ini juga mendapati vaksin 3 kali kurang berkesan apabila berhadapan dengan varian lambda.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian di atas masih belum lagi melalui kajian semula setara (peer-reviewed).
Oleh sebab itu, masih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dilakukan.
Malah, varian ini juga masih lagi diklasifikasikan sebagai VOI dan bukannya VOC (variant of concern).
Menurut CDC, VOC ialah sejenis varian yang lebih berbahaya dan berupaya menyebabkan penyakit yang lebih serius melibatkan hospitalisasi dan juga kematian.
Varian delta merupakan salah satu contoh varian yang diklasifikasikan sebagai VOC.
Varian lambda di Malaysia
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, buat masa ini varian lambda masih belum dikesan di Malaysia. Kebanyakan penularan COVID-19 disebabkan virus ini dikesan di Amerika Selatan.
Beliau juga menggesa kerajaan agar memperketatkan lagi sempadan antarabangsa supaya varian ini tidak terlepas ke negara kita.
Di United Kingdom, 8 kes COVID-19 disebabkan varian lambda dikesan mempunyai kaitan dengan perjalanan ke luar negara.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen