backup og meta

Naik 2 Saiz 'Cup', Betul Ke Payudara Wanita Makin Besar Selepas Terima Vaksinasi?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/12/2021

    Naik 2 Saiz 'Cup', Betul Ke Payudara Wanita Makin Besar Selepas Terima Vaksinasi?

    Normal untuk mereka yang mengambil vaksin mendapat kesan sampingan tertentu. Antara kesan vaksin yang lazim ialah pening kepala, mual, demam dan selesema.

    Namun, tahukah anda, ada wanita yang mengalami perubahan saiz payudara setelah mengambil vaksin? Tetapi, benarkah ini kesan vaksin atau tanda penyakit yang serius?

    Untuk pengetahuan anda, wanita mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mengalami kesan vaksin yang lebih teruk berbanding lelaki.

    Bukan itu sahaja, selain kesan sampingan vaksin yang biasa, kitaran haid wanita juga mungkin akan terganggu!

    Tetapi, apakah yang membuatkan wanita melaporkan perubahan dalam saiz payudara mereka? Sebenarnya, ada penjelasan yang mudah di sebalik fenomena ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Kesan vaksin buat payudara membesar, mengapa?

    kesan vaksin

    Menurut pakar, bukan buah dada wanita yang membesar, sebaliknya, nodus limfa yang membengkak!

    Kesan vaksin ini juga merupakan sesuatu yang lazim.

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), 11% individu mengalami kesan sampingan ini setelah mendapat vaksin Moderna. Malah, jumlah ini meningkat ke 16% selepas mengambil suntikan kedua.

    Mungkin ramai wanita yang rasa teruja dengan kesan sampingan ini kerana ia dilaporkan boleh berkekalan selama 4 hingga 12 minggu.

    Walau bagaimanapun, ada juga wanita yang panik dan terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Disebabkan kesan vaksin ini, ramai juga wanita yang bertindak melakukan pemeriksaan mamogram kerana risau ia berlaku disebabkan kanser payudara.

    Menurut Dr. Maurie Markman, ada banyak punca yang menyebabkan nodus limfa menjadi bengkak. Selain kanser, vaksinasi atau penyakit seperti demam panas juga boleh menyebabkan kesan yang sama.

    Malah, nodus limfa yang membengkak merupakan sesuatu yang biasa dan tidak perlu dirisaukan. Ia merupakan tanda sistem imun anda sedang melawan jangkitan ataupun penyakit.

    Walau bagaimanapun, jika nodus limfa anda membengkak tanpa sebarang sebab, berjumpalah doktor dengan segera untuk memastikan ia tidak berpunca daripada penyakit yang serius.

    Baca juga:

    Bagaimanakah vaksin mempengaruhi nodus limfa?

    kesan vaksin

    Dr. Lisa Mullen, ahli radiologi dari Hopkins Medicine mempunyai beberapa jawapan untuk menjawab persoalan ini.

    Menurut beliau, nodus limfa yang terletak di bawah lengan boleh membengkak selepas menerima suntikan vaksin. Tetapi, jangan risau. Kesan sampingan vaksin ini merupakan sebuah tindak balas yang normal.

    Namun, bukan semua vaksin akan menghasilkan kesan yang sama. Disebabkan vaksin COVID-19 merupakan sesuatu yang baharu, sistem imun badan manusia akan memberikan reaksi yang kuat terhadapnya.

    Vaksin lain seperti vaksin untuk kayap (shingles) dan diphtheria/tetanus/pertussis (D-TaP) juga boleh membuatkan nodus limfa membengkak.

    Tetapi, Dr. Mullen juga mengingatkan bahawa kesan sampingan ini bersifat sementara. Buah dada wanita sepatutnya bertukar ke saiz asal dalam masa beberapa hari.

    Nodus limfa yang membengkak sebenarnya merupakan tanda yang positif.

    Malah, bengkak yang berlaku pada bawah lengan atau di kawasan leher ini menandakan sistem imunisasi badan sedang bertindak balas terhadap jangkitan atau penyakit yang anda alami.

    Bukan itu sahaja, ia juga menandakan nodus limfa anda sihat dan berfungsi dengan baik untuk menghalang jangkitan oleh bakteria atau virus.

    Badan manusia mempunyai 600 nodus limfa yang berbeza. Kebanyakannya terletak di kawasan dada, lengan, perut, kaki dan juga rahang. Malah, setiap individu mungkin mempunyai jumlah nodus limfa yang berbeza!

    Payudara bengkak, perlukah saya berjumpa doktor?

    kesan vaksin

    Semua wanita perlu tahu, nodus limfa boleh membengkak disebabkan pelbagai perkara. Namun, jarang sekali ia berkait dengan penyakit yang serius dan malignan seperti kanser.

    Walau bagaimanapun, jika buah dada anda membengkak tanpa sebab, berjumpalah dengan doktor secepat mungkin.

    Dr. Markman juga tidak menafikan kemungkinan ia merupakan antara tanda kanser. Menurutnya lagi, ada beberapa orang wanita yang dikesan mengalami kanser payudara selepas menjalani pemeriksaan mamogram.

    Malah, mereka juga melakukan pemeriksaan ini setelah mengalami perubahan saiz payudara disebabkan pengambilan vaksin COVID-19.

    Namun, menurut sebuah jurnal yang diterbitkan oleh Radiological Society of North America, pembengkakan nodus limfa yang berlaku kepada wanita yang baru sahaja menerima vaksin boleh menghasilkan diagnosis kanser yang palsu.

    Oleh sebab itu, di negara Australia, wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang memerlukan mamogram secara berkala dinasihatkan supaya melakukan mamogram terlebih dahulu sebelum mengambil vaksin untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

    Jika anda risau mengenai kanser payudara, berhubunglah dengan doktor untuk sesi konsultasi.

    Artikel berkaitan: 

    Kesimpulan

    Jika anda tertanya-tanya sama ada vaksin boleh menyebabkan payudara wanita menjadi lebih besar, jawapannya adalah ya!

    Walau bagaimanapun, jangan cepat percaya dengan video TikTok atau ciapan Twitter yang mendakwa buah dada mereka membesar 2 kali ganda.

    Nodus limfa yang membengkak merupakan sesuatu yang normal dan salah satu kesan vaksin yang biasa. Malah, kita juga sering mengalaminya ketika demam atau tertekan.

    Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini tidak sepatutnya kekal lama. Ia akan hilang dalam masa beberapa hari. Jika ia tidak beransur pulih, cepat-cepatlah berjumpa doktor ya!

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan