backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

5 Cara Ini Berkesan Menghilangkan Masalah Kencing Tak Lawas!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

    5 Cara Ini Berkesan Menghilangkan Masalah Kencing Tak Lawas!

    Inkontinens urin merupakan satu kondisi yang dapat dielakkan jika pesakit boleh mengamalkan gaya hidup yang sihat. Malah, banyak cara atau petua hilangkan kencing tak lawas yang boleh pesakit ikuti.

    Jom ketahui petua kencing tak lawas tradisional untuk melegakan simptom anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Tak Lawas, sila dapatkannya di sini.

    5 petua hilangkan kencing tak lawas 

    cara melawaskan kencing
    Cara memastikan pundi kencing kekal sihat.

    Disebabkan peningkatan dalam penghidap inkontinens urin di seluruh dunia, langkah yang terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah melalui pencegahan.

    Petua hilangkan kencing tak lawas paling berkesan ialah minum air dengan mencukupi. Pastikan air kencing anda berwarna kuning air ataupun jernih. Normal jika anda terpaksa buang air beberapa jam sekali.

    Selain itu, ada banyak lagi cara hilangkan kencing tak lawas yang anda boleh lakukan seperti:

    Petua hilangkan kencing tak lawas 1: Pastikan berat badan sihat

    Jika mempunyai berat badan berlebihan, menurunkan berat badan mungkin dapat mengurangkan inkontinens urin yang anda hadapi.

    Pastikan anda bijak memilih makanan, bersenam dan menjaga berat badan untuk mengelakkan inkontinens. Antara langkah yang boleh anda lakukan adalah:

  • Kekalkan berat badan ideal dengan BMI sebanyak 25 ke bawah. Lemak badan berlebihan boleh meregang lantai pelvis dan boleh menyebabkan masalah kawalan pundi kencing.
  • Turunkan badan secara sihat. Lakukan senaman dan diet yang bersesuaian dengan kondisi kesihatan anda.
  • Petua hilangkan kencing tak lawas 2: Lakukan senaman kegel

    Otot pada lantai pelvis bertanggungjawab untuk menahan urin di dalam pundi kencing.

    Otot ini boleh menjadi lemah jika pesakit pernah mengandung, melahirkan anak ataupun mempunyai berat badan berlebihan.

    Senaman lantai pelvis atau senaman kegel dapat membantu menguatkan otot tersebut semula dan bantu mengelakkan air kencing daripada terkeluar ketika pesakit batuk, bersin, ketawa atau mengangkat barang yang berat.

    Senaman ini boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki. Malah, senaman ini mempunyai banyak kebaikan lain seperti:

    • Membantu pesakit mengawal pundi kencing dengan lebih baik
    • Mengurangkan risiko rahim jatuh atau prolapse
    • Membantu ibu yang baru melahirkan anak untuk cepat sembuh
    • Membantu kaum Adam cepat sembuh daripada pembedahan prostat

    Walau bagaimanapun, sebelum anda mulakan senaman kegel, pastikan anda berhubung terlebih dahulu dengan doktor.

    Petua hilangkan kencing tak lawas #3. Elak makanan pencetus

    Ada beberapa jenis makanan yang mungkin boleh menyumbang terhadap masalah inkontinens.

    Sebagai contoh, minuman seperti kafein dan alkohol akan menyebabkan pesakit makin kerap ke tandas.

    Cara yang terbaik untuk mengenal pasti makanan apakah yang akan membuatkan pesakit ke tandas dengan lebih kerap ialah dengan menyimpan diari (bladder diary).

    Diari ini memudahkan pesakit untuk memantau pengambilan makanan dan minuman.

    Jika makanan tersebut membuatkan anda ke tandas dengan lebih kerap, anda boleh mengurangkan atau mengelakkan pengambilan makanan tersebut untuk mengurangkan masalah kawalan pundi kencing. 

    Sebagai contoh, minuman di bawah selalu dikaitkan dengan masalah inkontinens:

    1.    Petua hilangkan kencing tak lawas, kurangkan kafein
      petua hilangkan kencing tak lawas
      Keburukan pengambilan minuman berkafein secara berlebihan.

    Minum air berkabonat, kopi, teh atau sebarang ubat-ubatan yang mengandungi kafein akan menyebabkan pesakit kerap ke tandas.

    Oleh sebab itu, cuba kurangkan pengambilan kafein untuk mengurangkan simptom yang dialami.

    1. Jangan ambil alkohol sebagai petua kencing tak lawas tradisional

    Alkohol merupakan sejenis diuretik dan sudah lama terbukti dapat bertindak sebagai bahan yang boleh merangsang pundi kencing.

    Pengambilan alkohol akan membuatkan pesakit rasa makin terdesak untuk ke tandas dan meningkatkan frekuensi pembuangan air kecil.

    1.   Cara hilangkan kencing tak lawas, elak manisan tiruan

    Manisan tiruan seperti sodium saccharine, acesulfame K dan aspartame juga boleh menyebabkan iritasi pada pundi kencing.

    Malah, individu yang mengambil banyak minuman manis pada siang hari akan kerap mengalami masalah kencing malam dan masalah kerap kencing yang lebih teruk. 

    1.   Ubat-ubatan

    Jangan tak tahu, ini juga termasuk dalam petua hilangkan kencing tak lawas.

    Beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh menyebabkan masalah kawalan pundi kencing. Sebagai contoh, ubat darah tinggi, antihistamin, sedative dan antidepressant adalah antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan inkontinens.

    Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah untuk membuang air kecil ketika mengambil ubat-ubatan ini.

    Petua kencing tak lawas tradisional 4. Ambil serat

    Meneran ketika membuang air besar boleh melukakan otot pada bahagian lantai pelvis.

    Oleh sebab itu, untuk mengelakkan sembelit, anda dinasihatkan untuk mengambil makanan untuk lawas kencing seperti makanan berserat.

    Anda boleh menambah makanan untuk lawas kencing seperti buah-buahan, sayur-rayuran, kekacang dan juga bijirin dalam diet harian anda.

    5. Berhenti merokok

    tanda kencing tak lawas
    Merokok ada kaitan dengan masalah kencing.

    Tidak kiralah berapa umur anda, berhenti merokok dapat membantu anda untuk kekal sihat pada masa yang akan datang.

    Malah, masalah kerap kencing yang dialami juga dapat dikurangkan jika anda berhenti merokok.

    Salah satu kesan merokok ialah batuk yang berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, batuk yang berpanjangan boleh melemahkan otot pelvis dan menyebabkan masalah inkontinens.

    Ada juga pesakit yang mengalami iritiasi pundi kencing yang lebih teruk setelah merokok.

    Malah, amalan ini juga meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser pundi kencing. Oleh sebab itu, berhenti merokok.

    Cara mengatasi masalah kencing tak lawas yang lain

    Inkontinens urin atau kerap kencing merupakan penyakit yang dapat dielakkan jika anda melakukan langkah pencegahan yang betul.

    Selain itu, ada juga cara hilangkan kencing tak lawas lain seperti:

    1. Pergi ke tandas hanya apabila pundi kencing penuh atau rasa hendak terkencing sahaja.
    2. Ambil masa ketika membuang air kecil. Jangan paksa air kencing untuk keluar.
    3. Gunakan postur yang bersesuaian ketika membuang air besar atau kecil di atas tandas.
    4. Jangan bergantung kepada penggunaan julap.

    Kesimpulan

    Jika anda kerap mengalami masalah seperti sembelit atau jangkitan saluran kencing, jangan anggap ia sebagai perkara biasa. Kedua-dua kondisi ini mungkin merupakan simptom kepada penyakit lain yang lebih teruk. Oleh sebab itu, pastikan anda merujuk kepada doktor tentang penyakit inkontinens yang anda alami.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan