backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

7

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Selalu Angkat Objek Berat Sebab Itu Sakit Pinggang? Ini Punca Sebenarnya Dan Cara Rawatan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 2 minggu lalu

Selalu Angkat Objek Berat Sebab Itu Sakit Pinggang? Ini Punca Sebenarnya Dan Cara Rawatan!

Anda sering mengalami sakit pinggang belakang? Ingin tahu penyebab sakit pinggang belakang tengah? Jawapannya ada di sini!

Baca lebih lanjut tentang Tulang/Otot di sini.

Definisi

Apa itu sakit pinggang belakang?

Semakin meningkat usia, sakit pinggang tiba-tiba bukan lagi satu simptom luar biasa. Tapi tahukah anda apakah punca sakit pinggang belakang ini terjadi dan bagaimana anda boleh merawatnya? 

Terdapat serangkai otot dan ligamen di bahagian belakang badan yang berfungsi untuk “memegang” tulang belakang supaya ia berada dalam keadaan yang betul 1 . Tanpa penjagaan yang tepat, anda boleh mencederakan otot-otot ini apabila regangan secara berlebihan dilakukan, lalu menyebabkan koyakan pada tisu otot.

Akibatnya, otot akan mula melemah dan tidak lagi dapat memegang tulang belakang dalam keadaan yang betul. Tulang belakang kemudiannya akan menjadi kurang stabil, dan akan menyebabkan sakit belakang mahupun sakit pinggang.

Terdapat dua jenis ketegangan belakang dan pinggang yang boleh terjadi, iaitu:

  • Kecederaan apabila otot ditegangkan secara berlebihan, atau terkoyak: Ini menyebabkan kerosakan pada tisu otot (juga dikenali sebagai otot tertarik)
  • Terseliuh di bahagian lumbar 1 : Apabila ligamen ditegangkan terlalu jauh atau terkoyak. Ligamen adalah tisu penyambung antara tulang

Siapa lebih cenderung sakit pinggang tiba-tiba?

penyebab sakit pinggang
Faktor risiko sakit pinggang dan belakang badan.

Sakit pinggang tiba-tiba adalah perkara biasa yang boleh menyerang individu pada usia berapa sekalipun. Tapi, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan kecenderungan anda mendapat sakit belakang atau sakit pinggang. Secara umumnya, pesakit yang sudah lanjut usia (berusia 40 tahun ke atas) akan lebih cenderung menghidap masalah ini.

Namun begitu, ia tidak bermaksud individu muda tidak berisiko! Jika kesakitan itu tidak dapat dikawal dan ditahan lagi, anda boleh mengambil ubat tahan sakit (NSAID) yang boleh merawat kesakitan sendi. Malah, anda digalakkan untuk mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor. Jangan merana dalam diam.

Simptom

Antara simptom biasa bagi sakit pinggang adalah:

  • Kesakitan yang melarat hingga ke punggung, namun tidak menjejaskan kaki 1 
  • Kekakuan sendi pinggang dan kedua-dua kaki, ataupun salah satu kaki 2 hingga menyebabkan kadar pergerakan terbatas/terhalang
  • Tidak mampu mengekalkan postur badan normal akibat kekakuan sendi/kesakitan melampau 1 
  • Kekejangan otot sama ada ketika melakukan aktiviti ataupun ketika berehat 2 
  • Sakit yang berterusan selama 10-14 hari1 

Bila saya harus berjumpa doktor?

Oleh sebab sesetengah tanda atau simptom sakit pinggang tiba-tiba serupa dengan keadaan penyakit lain yang lebih serius, penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan doktor. Sebarang rasa kebas dan kelemahan pada kaki, atau masalah usus dan pundi kencing boleh menjadi tanda kerosakan saraf, dan anda memerlukan pemerhatian perubatan dengan segera.

Anda juga mungkin boleh mengalami simptom yang tidak disenaraikan di atas. Dapatkan bantuan dengan mengambil ubat tahan sakit yang boleh merawat sakit sendi jika ia menjejaskan aktiviti harian. Jika ia berterusan, sila berjumpa doktor.

Punca

Penyebab masalah sakit pinggang belakang

Sakit pinggang tiba-tiba boleh disebabkan oleh:

  • Aktiviti fizikal yang melampau
  • Terjatuh
  • Membengkok atau merangkak secara berulang kali
  • Mengangkat objek berat dalam keadaan postur yang tidak betul

Risiko

Apa yang meningkatkan risiko sakit pinggang belakang?

Terdapat banyak faktor risiko penyebab sakit pinggang belakang tengah, contohnya seperti:

  • Umur 2 : Bermula apabila usia meningkat 30 atau 40 tahun
  • SenamanKurang senaman dan pergerakan melemahkan otot
  • Berat berlebihan: Bebanan yang dibawa memberi kesan kepada sakit belakang
  • Sakit sendiSakit sendi yang tidak dirawat boleh juga menyumbang kepada penyebab sakit pinggang belakang tengah, malah juga kanser
  • Mengangkat barang dengan postur yang tidak betul 2

Psikologi: Individu yang terdedah dengan kemurungan dan rasa cemas mempunyai risiko sakit belakang yang lebih besar. Ini menyebabkan kekurangan nutrien yang mencukupi sampai ke cakera di belakang anda.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberi di bawah bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan.  SILA berunding dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Bagaimana sakit pinggang belakang didiagnosis?

sakit pinggang belakang
Rawatan sakit belakang.

Jika simptom yang anda alami tidak terlampau teruk, ujian diagnostik tidak diperlukan, dan pengambilan ubat tahan sakit yang boleh merawat kesakitan sendi adalah mencukupi 4 .

Tetapi jika sakit berterusan selama lebih dari dua minggu dan tidak bertambah baik seperti yang diharapkan, adalah penting untuk anda memastikan kesakitan tersebut bukanlah disebabkan masalah terselindung seperti kecederaan cakera tulang belakang yang tidak dapat dikesan. Sekiranya gejala berterusan, ujian berikut akan dijalankan oleh doktor:

  • X-ray 3 : Penggunaan radiasi untuk menghasilkan filem atau gambar dapat menunjukkan struktur vertebra dan garis besar sendi.  X-ray tulang belakang boleh mencari sebab-sebab lain yang menyebabkan kesakitan seperti tumor, jangkitan, patah tulang, dan sebagainya
  • Pengimejan Resonans magnetik (MRI) 3: Ujian diagnostik ini boleh menunjukkan saraf tunjang, akar saraf, dan kawasan sekitarnya, seperti pembesaran, pengecutan, dan tumor

Bagaimana sakit pinggang belakang tengah dirawat?

Bagi merawat sakit pinggang belakang, anda amat digalakkan untuk meneruskan aktiviti harian sedaya yang termampu. Sebaiknya, lakukan aktiviti ringan seperti berjalan kaki 3. Jika kesakitan bertambah, hentikan aktiviti tersebut.

Selain itu, bergantung pada jenis sakit belakang yang dialami, doktor mungkin akan mencadangkan ubat-ubatan berikut bagi mengurangkan kesakitan anda:

  • Ubat tahan sakit: Ubat antiradang nonsteroid (NSAID) dapat membantu melegakan sakit belakang 3. Walau bagaimanapun, sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda sebelum megambil sebarang ubat
  • Ubat penenang otot (Muscle relaxant): Jika sakit belakang berskala ringan hingga sederhana tidak bertambah baik dengan ubat tahan sakit, doktor akan memberi ubat penenang otot 3 
  • Penghilang kesakitan topikal: Produk seperti ini mempunyai bahan penghilang kesakitan yang diserap kulit melalui krim, ubat salap atau tampalan 3
  • Antidepresan: Beberapa jenis ubat ini terbukti berkesan untuk melegakan sakit belakang kronik yang tidak bergantung pada kesannya terhadap kemurungan 3

Doktor juga akan mengesyorkan terapi fizikal 4. Ahli terapi akan melakukan penilaian mendalam, digabungkan dengan diagnosis doktor, bagi menentukan rawatan yang khusus untuk pesakit yang mengalami sakit pinggang belakang tengah 3

Cara hilangkan sakit pinggang melalui terapi mungkin termasuk traksi halo-pelvik (pelvis traction), urutan lembut, tuam ais dan tuam haba, ultrasound, rangsangan elektrik pada otot, dan senaman regangan. Ubat tahan sakit dan relaksan otot juga memberi manfaat bersama dengan terapi fizikal.

Adakah terdapat cara hilangkan sakit pinggang yang berkesan?

cara hilangkan sakit belakang wanita
Perbezaan fisioterapi dan kiropraktor.

Petua tradisional hilangkan sakit pinggang berikut mungkin dapat membantu:

  • Tuam ais di belakang badan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak sebaik sahaja otot tercedera. Lakukan selama 20-30 minit setiap 3-4 jam selama 2-3 hari.  Anda juga boleh menuam ais ke belakang badan selepas aktiviti fizikal
  • Tuam haba ke belakang badan, tetapi hanya selepas 2-3 hari menuam ais terlebih dahulu, dan selepas bengkak surut. Gunakan pad pemanas elektrik atau botol air panas, atau merendam diri dalam tab mandian panas
  • Ambil ubat tahan sakit 4. Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) membantu melegakan sakit belakang dan bengkak
  • Guna alat sokonganPertimbangkan untuk mendapatkan tali pinggang sokongan bagi menambah sokongan ke atas belakang badan  
  • Dapatkan terapi fizikal untuk membina semula kekuatan otot, jika dicadang doktor. Jangan berbaring di atas katil atau sofa sepanjang hari. Itu akan menjadikannya lebih teruk
  • Kekalkan ton otot yang baik pada abdomen dan pinggang anda 6  
  • Berikut beberapa petua tradisional hilangkan sakit pinggang yang lain:

    • Jika sakit belakang semasa aktiviti fizikal, berhenti melakukan aktiviti tersebut dengan segera
    • Pastikan bentuk postur yang betul 6 .  Sentiasa bersenam dan regangkan otot belakang
    • Elak tidur meniarap. Tidur berbaring atau mengiring, dan letaklah bantal di antara kaki
    • Apabila mengangkat sesuatu yang berat, bengkokkan lutut, bukan pinggang 5  
    • Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan 5  
    • Duduk dengan postur yang betul. Duduk lurus di kerusi, dengan tulang belakang ada selari dengan belakang kerusi

    Kesimpulan

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang masalah sakit pada bahagian belakang badan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dan mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan